JEMPOL: Seorang doktor sebuah klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, di sini hari ini, atas tuduhan mencabul pekerjanya berusia 25 tahun, bulan lalu. Tertuduh, Dr. Mohamad Amin Razaly, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa dengan memegang tangan dan meletakkannya pada kemaluan tertuduh. Perbuatan dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam di bilik rehat tingkat atas klinik swasta di Bandar Baru Serting itu, pada 19 Februari lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya