TAPAH: Pengumuman kadar dividen 2023 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang lebih tinggi, iaitu 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan shariah membuktikan prestasi dana persaraan negara semakin baik. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pengumuman kadar dividen itu juga menunjukkan jurang dividen bagi simpanan konvensional dan simpanan syariah semakin berkurangan. “Pengumuman dividen KWSP hari ini memperlihatkan prestasi dana persaraan negara itu yang lebih baik. Nampak juga jurang dividen bagi simpanan konvensional dan simpanan syariah semakin berkurangan. “Pulangan tinggi simpanan konvensional masih tertinggi di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya