KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja syarikat luar pesisir didenda RM4,000 oleh Mahkamah Syesen di sini, semalam kerana memalsukan maklumat untuk memohon bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada 2019. Hakim Mohd. Azhar Othman membuat keputusan itu selepas Yushafiszam Yusof, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakannya ke atasnya. Berdasarkan pertuduhan, Yushafiszam didakwa dengan curangnya menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu borang PPRT untuk memohon bantuan membina rumah baharu. Tertuduh yang bekerja sebagai housekeeper itu didakwa melakukan kesalahan pada Mei 2019 dengan memohon bantuan PPRT bernilai RM50,000 untuk membina sebuah rumah di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya