SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan denda RM1,000 atau penjara satu bulan ke atas seorang wanita yang dicerai talak tiga melalui aplikasi WhatsApp selepas didapati bersalah merosakkan cermin kereta BMW milik bekas suaminya bergelar Datuk. Majistret Sasha Diana Sabtu mendenda ibu tunggal tiga anak yang juga bekas isteri kedua seorang pakar bedah selepas berpuas hati perbuatannya merosakkan kereta mewah BMW mangsa, dilakukan dalam keadaan terdesak. “Sekiranya pengadu (bekas suami) memberi ruang perbincangan dan mengendalikan perceraian dengan belas kasihan serta ihsan, tertuduh tidak perlu mengambil langkah terdesak seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya