Chopsticks Asia jamin kualiti sajian masakan halal - Utusan Malaysia

Chopsticks Asia jamin kualiti sajian masakan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Restoran Chopsticks Asia, sebuah restoran yang menghidangkan makanan masyarakat Cina halal sentiasa memastikan operasi harian mereka menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan pelanggan menikmati hidangan tanpa was-was.

Menurut Pengarah Kenc Holdings Sdn Bhd, Kenneth Choong, cawangan pertama Chopsticks Asia dibuka di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada tahun 2019.

Mengambil alih pengurusan restoranChopsticks Asia pada tahun 2020, Kenneth memaklumkan usaha untuk mendapat pengiktirafan sijil Halal dari pihak JAKIM telah lama dimulakan dan kini permohonan tersebut telah memasuki fasa terakhir.

“Kami sentiasa memastikan semua syarat yang ditetapkan oleh pihak JAKIM dipatuhi kerana sasaran kami adalah pengunjung pelbagai bangsa dan agama.

“Antara langkah yang kami ambil termasuklah memastikan pembekal-pembekal kami adalah dari senarai yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.

“Malah, kami juga melantik pegawai yang bertanggungjawab memastikan operasi harian setiap cawangan berjalan dengan lancar demi keselesaan pelanggan,”katanya.

Selain itu, Kenneth juga mengakui berminat dengan perniagaan makanan Cina halal kerana menyukai cara masyarakat Malaysia saling menghargai keunikan makanan pelbagai kaum.

“Bagi saya, Malaysia adalah sebuah negara unik yang mempunyai penduduk berbilang bangsa serta pelbagai budaya dan segalanya boleh dikongsi bersama dengan cara yang betul.

“Kami ingin berkongsi keenakan makanan masyarakat Cina yang sedap serta unik kepada Muslim komuniti. Sekarang ini ramai yang masuk Islam (mualaf), jadi mereka rindu dengan masakan Cina.. itu antara sebab yang kami sediakan yang versi halal.

“Contohnya sajian Hokkien Mi, kebanyakan restoran tak ada tapi kami ada sediakan. Sebab Hokkien Mi versi tak halal menggunakan bahan-bahan yang mengandungi daging tidak halal.

“Tapi kami olah dan ganti dengan formulasi baru guna bahan halal. Rasa masih sama. Justeru itu, mendapat pengiktirafan halal adalah usaha kami bagi memastikan pelanggan dapat menikmati hidangan di Chopsticks tanpa ragu-ragu,”katanya.

Bercerita dengan pemilihan nama kedai, Kenneth berkata dia ingin mengekalkan nama yang dekat dengan budaya orang Cina.

“Kami mahu sebuah nama yang menggambarkan budaya Cina. Bila letak nama Chopsticks, orang dah tahu restoran ini sediakan makanan Cina. Setakat ini, tak ada lagi timbul kontroversi disebabkan nama kedai,”katanya.

Dalam pada itu, Kenneth mengakui ada segelintir pelanggan yang pernah menyuarakan rasa takut untuk datang menikmati makanan Muslim-friendly Chinese.

“Kalau tak ada macam tipulah. Ada pelanggan yang rasa was-was nak datang tapi kami tak nak stres. Semua prosedur, bahan mentah memang berteras dan berlandaskan bahan halal.

“Kalau tak menggunakan semua bahan halal, susah untuk kami dapat sijil pengesahan dari JAKIM. JAKIM sangat ketat kawalan mereka.

“Ini kerana pihak JAKIM bukan setakat tengok bahan yang digunakan tetapi proses sepanjang kami menyediakan makanan sehingga cara menghantar bahan ke dua lagi lokasi restoran,”katanya.

Dalam pada itu, kongsi Kenneth lagi, Restoran Chopsticks juga mempunyai keunikan tersendiri kerana mengutamakan sajian makanan dengan konsep ‘home food’ atau masakan bagai di rumah masyarakat Cina Malaysia yang kaya dengan rasa dan boleh dinikmati oleh pelbagai peringkat umur.

Katanya,antara makanan kegemaran pengunjung di restoran berkenaan adalah Nyonya Fish Fillet, Kung Pao Chicken dan bermacam lagi.

Selain itu, pihak Chopsticks Asia turut menyediakan perkhidmatan katering untuk mereka yang mahu mengadakan majlis keramaian di tempat sendiri.

Malah, sempena dengan kedatangan bulan Ramadan, pihak Chopsticks Asia turut akan mengadakan promosi Bufet Ramadan pada harga RM89.90 (Dewasa), RM 69.90 (warga emas) dan RM49.90 untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Chopsticks Asia kini telah mempunyai 3 cawangan dan 40 orang pekerja. Cawangan lain Chopsticks Asia adalah di Bangsar dan Cycberjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya