KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling berdepan detik cemas apabila kenderaan miliknya yang diparkir dalam kawasan rumah di sini dibaling bata dalam kejadian hari ini. Dalam kejadian sekitar pukul 2.40 pagi itu, cermin hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina milik Ay Ling pecah akibat kesan daripada bata tersebut. Menurut Ay Ling, sewaktu kejadian, dia sedang menyiapkan kerja di dalam rumahnya sebelum digemparkan dengan bunyi seolah-olah letupan dari arah tempat parkir kenderaan miliknya itu. “Selepas mendengar bunyi itu, saya tidak terus keluar dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya