PUTRAJAYA: Seorang lelaki Kemboja terlepas hukuman mati selepas Mahkaman Rayuan hari ini menggantikannya dengan penjara 60 tahun kerana menyebabkan kematian dua kanak-kanak lelaki dan dua wanita senegara di sebuah ladang kelapa sawit di Selangor, lapan tahun lalu. Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail terhadap bekas penjual air, Usuf Matli, 39. Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama iaitu menyebabkan kematian.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya