BESUT: Seekor beruang matahari betina dipercayai menceroboh kebun kelapa di Kampung Padang Tapong di sini berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Terengganu, semalam. Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima aduan berhubung serangan hidupan liar itu pada 28 Februari lalu. Katanya, susulan itu siasatan telah dijalankan dan sebuah perangkap dipasang di kawasan berkenaan pada hari yang sama. “Beruang seberat 60 kilogram telah ditemukan memasuki perangkap yang dipasang oleh pihak Perhilitan semalam selepas lebih seminggu ia diletakkan di kebun kelapa itu. ” Bagaimanapun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya