Bertemu ajal sebelum baiki motosikal - Utusan Malaysia

Bertemu ajal sebelum baiki motosikal

Ajal
KEADAAN motosikal mangsa dan kereta yang terlibat dalam kemalangan dekat Parit 5, Ban 2, Sekinchan di Sabak Bernam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Perjalanan seorang lelaki untuk membaiki motosikalnya berakhir tragedi apabila maut akibat bertembung dengan sebuah kereta dekat simpang empat Parit 5, Ban 2, Sekinchan di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 55 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, ketika kejadian lelaki yang menunggang Honda Wave itu dalam perjalanan menuju ke sebuah bengkel motosikal di pekan Sekinchan.

“Setibanya di tempat kejadian, sebuah Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 25 tahun dipercayai keluar simpang secara tiba-tiba. Ia menyebabkan mangsa dari arah jalan utama tidak sempat mengelak dan berlakunya pelanggaran,” katanya, hari ini.

Tambah beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di belakang, dada dan kaki kanannya.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat. Kes disiasat memgikut Seksyen 41(1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya