SHAH ALAM: Keputusan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari menyokong kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari disifatkan sebagai tindakan peribadi dan tiada kaitan dengan Bersatu Bahagian Kapar. Timbalan ketua bahagian Bersatu bahagian itu, Ahmad Halim Hussin dalam satu kenyataan berkata, perisytiharan oleh ketua bahagiannya pada 6 Mac lalu bukan keputusan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Kapar. Menurutnya, kepemimpinan bahagian itu masih berpegang teguh dengan prinsip perjuangan Bersatu yang dipimpin oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Apa yang dilakukan oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya