SHAH ALAM: Mahasiswa universiti atau kolej sekitar bandar raya ini berbelanja sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk membeli juadah berbuka puasa dan mengaku terbeban berikutan harga makanan di bazar Ramadan didakwa mahal. Rata-rata golongan yang tidak berpendapatan itu memberitahu tiada pilihan untuk membeli makanan selepas harga jualan di mana-mana bazar adalah hampir sama. Salah seorang pengunjung sebuah Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Ahmad Rizal Ahmad Yusof, 25, berkata, dia berbelanja lebih RM20 untuk membeli juadah untuk berbuka dan bersahur. “Memang setiap kali ke bazar saya akan beli untuk waktu sahur sekali, menu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya