SERAMAI 400 murid dan pelajar di Parlimen Bagan Serai, Perak menerima sumbangan baucar bantuan persekolahan Yayasan Pelajaran Mara dan Yayasan Bina Upaya Negeri Perak, baru-baru ini. Baucar Yayasan Pelajaran Mara bernilai RM100 itu boleh ditebus di kedai koperasi sekolah untuk membeli alat tulis, buku nota dan baju kokurikulum. Baucar daripada Yayasan Bina Upaya Perak bernilai RM150 pula diberikan kepada 300 penerima untuk membeli keperluan persekolahan di Pasaraya Econsave Bagan Serai. Penerima baucar dipilih daripada keluarga kurang berkemampuan bagi meringankan beban kewangan ibu bapa masing-masing menjelang pembukaan sekolah tidak lama lagi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya