PETALING JAYA: Tujuh penumpang dan pemandu berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Syed Putra, Jalan Klang Lama dekat sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, kebakaran tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.Katanya, jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuan dan BBP Seputeh dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 8.06 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah bas Rapid KL terbakar di bahu jalan.
“Tindakan pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera untuk memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, api berjaya dipadamkan, bagaimanapun bas berkenaan terbakar kira-kira 90 peratus.
Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.- UTUSAN