PETALING JAYA: Kerajaan melalui kerjasama pelbagai agensi melakukan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia yang berpotensi digunakan sebagai laluan utama aktiviti penyeludupan terutama barang kawalan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pihaknya mengadakan Bengkel Penyelarasan Tanggungjawab Membanteras Ketirisan Barang Kawalan bersama 16 agensi penguatkuasaan di Kota Kinabalu, Sabah. Menurutnya, bengkel pada 22 Februari lalu merupakan tanda komitmen kementeriannya untuk memperkukuhkan kerjasama dan keberkesanan penguatkuasaan. “Antara fokus penambahbaikan mekanisme penguatkuasaan adalah keperluan logistik semasa tangkapan dan sitaan, bantuan keselamatan, perkongsian maklumat dan Prosedur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya