Bank UAE laksana transformasi perkhidmatan pelanggan dengan beralih kepada Emerico

Bank UAE laksana transformasi perkhidmatan pelanggan dengan beralih kepada Emerico

Mesin Juruwang Maya X-Series Emerico
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
  • Mula guna Mesin Juruwang Maya X-Series Generasi Ketiga Emerico dan Platform Transformasi Digital Alexis
  • Bank peneraju di UAE telah mencapai pertambahan pelanggan dan kecekapan perkhidmatan serta mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) untuk operasi cawangan sejak pelaksanaannya

KUALA LUMPUR: Salah sebuah daripada bank terbesar Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah beralih kepada Emerico dengan memilih  Mesin Juruwang Maya X-Series Emerico dan platform Transformasi Digital Alexis sebagai sebahagian strategi transformasi digitalnya bagi merevolusikan landskap perkhidmatan pelanggannya.

Melalui penggunaan mesin ini, bank dapat memperluas tawaran perkhidmatannya dengan lancar kepada pelanggan di seluruh cawangan Negara Teluk, dengan menyediakan perkhidmatan automatik dan interaktif. Sistem itu membolehkan perunding pelanggan terlatih di pusat perkhidmatan untuk berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan menerusi mesin juruwang maya bagi memberikan panduan dan maklumat tambahan serta peluang jualan.

Mesin Juruwang Maya X-Series Generasi Ketiga membuka era baharu dalam revolusi perbankan digital. Mesin juruwang maya ini menggunakan Platform Alexis ciptaan Emerico yang menggabungkan mesin pembelajaran (machine learning), analisis ramalan (predictive analysis) dan analitis data raya (big data analytics) untuk membantu dan mendaftarkan pelanggan secara automatik.

Ini membolehkan pelanggan Emerico meningkatkan perolehan pelanggan dan jualan, menambah baik kecekapan operasi serta mengurangkan kos operasi sesebuah cawangan dalam jumlah yang besar di samping menyediakan perkhidmatan pelanggan secara berpusat serta berkualiti.

Kelebihan Mesin Juruwang Maya X-Series berbanding penyedia teknologi lain ialah ia menyediakan perkhidmatan pemerolehan pelanggan dan pengurusan perisian pintar  dalam satu platform. Ini mengatasikeperluan bank untuk membeli perisian (software) dan perkakasan (hardware)berbeza yang rumit dan mahal untuk diintegrasikan. 

Adalah sukar bagi pihak bank untuk memenuhi objektif mereka dalam mendapatkan kesepaduan penglibatan dan pengalaman pelanggan apabila menggunakan pelbagai sistem yang mempunyai objektif berbeza serta tidak boleh diselarikan dengan visi dan misi organisasi. Keadaan ini juga merupakan realiti yang tidak asing bagi sektor Kerajaan, Telco, Insurans dan Hospitaliti.

Dengan cabaran itu, platform Alexis oleh Emerico telah mengintegrasikan semua aspek berkenaan dalam X-series bagi mengurangkan risiko penyepaduan dan mengurangkan kos pelaksanaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Emerico, Azlan Ashari

“Platform Transformasi Digital Alexis baharu kami mengguna pakai Mesin Pembelajaran (Machine Learning) dan pendekatan  data tertumpu (Data-Centric Approach) bagi menghubungkan sistem pusat IT anda dengan teknologi Emerico.

“Ini merangkumi Mesin Juruwang Maya X-Series , Perisian Aplikasi Mobil S-series, Peranti Mobiliti Jarak Jauh V-series dan Teknologi Robotik Autonomi Penglibatan Pelanggan Robotik berautonomi   R-series”, kata Azlan Ashari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Emerico.

Katanya, ini bermaksud peningkatan produktiviti dengan mengautomasikan pengesahan di dalam cawangan, pembayaran, operasi, pengurusan dokumen dan perkhidmatan penyertaan.

Platform transformasi digital Alexis oleh Emerico menawarkan penglibatan dan pengalaman lancar bagi pelanggan, membolehkan organisasi meningkatkan produktiviti, menambah daya kecekapan dan mengharungi era teknologi digital terkini.

Mesin Juruwang Maya X-Series Emerico

Keupayaan Ramalan AI  melalui platform Emerico membolehkan pengalaman pelanggan diatur secara khusus – memaksimumkan peluang untuk berhubung, terlibat dan meraih lebih ramai pelanggan. Capaian bank boleh diperluas di luar cawangan tradisional seperti kawasan lapangan terbang, pusat beli-belah, stesen minyak, hospital, universiti, pasar raya dan hotel, di mana kos pengendalian sesebuah cawangan bank berpremisamat mahal.

Sebagai tambahan, platform transformasi digital Alexis adalah mematuhi Aplikasi Pembayaran PCI Standard Keselamatan Data (DSS) dan sedia bagi pengeluaran kad segera EMV.

Emerico dan rakan-rakan kongsinya sememangnya sudah menikmati kejayaan di UAE menerusi Mesin Juruwang Maya X-series Generasi Pertama (baca lebih lanjut di bawah) dan memperoleh pelanggan baharu di Arab Saudi bagi Mesin Juruwang Maya X-series Generasi Ketiga Terbaharunya.

Azlan Ashari mengesahkan, “Kami telah mengembangkan pencapaian kami dalam mentransformasi sektor perbankan dengan perolehan pelanggan baharu bagi mesin X-Series terkini.. Selain itu, kami juga semakin berkembang dalam sektor Kerajaan, Telco, Insurans dan Hospitaliti. Kami sedang meluaskan rangkaian pengedar global dan tidak lama lagi akan mengumumkan sebuah syarikat bernilai jutaan ringgit dengan pengalaman industri yang luas, serta telah memperoleh hak pengedaran bagi Amerika Utara dan Selatan.”

Baca lebih lanjut mengenai kejayaan Mesin Juruwang Maya X-series Emerico di dalam sektor perbankan UAE:

https://www.intelligentcio.com/me/2017/06/15/fujitsu-implements-middle-easts-first-smart-kiosks-for-digital-banking/

https://channelpostmea.com/2017/06/15/fujitsu-implements-smart-banking-kiosks/

https://www.zawya.com/en/press-release/fujitsu-implements-middle-easts-first-smart-kiosks-for-digital-banking-for-uaes-adcb-u05sic5b

https://www.tahawultech.com/news/adcb-ubank-fujitsu/amp/  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN