KUALA SELANGOR: Bangkai helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijangka diangkut keluar dari perairan berdekatan Pulau Angsa, di sini selewat-lewatnya pada petang ini. Helikopter yang membawa empat penumpang termasuk juru terbang tersebut membuat pendaratan cemas sebelum jatuh dekat 5 batu nautika dari pulau berkenaan. Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin, proses kawalan keselamatan di perairan berkenaan masih dilakukan untuk mengelak daripada dimasuki oleh orang awam. “Ini kerana masih terdapat bangkai pesawat dan tumpahan minyak. Kami menjangkakan operasi akan berterusan (termasuk bawa keluar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya