LOS ANGELES: Bintang pop, Ariana Grande, diarahkan membayar AS$1.25 juta (RM2.64 juta) kepada bekas suaminya, Dalton Gomez sebagai penyelesaian bagi perceraian mereka.
Entertainment Today melaporkan, arahan itu ditetapkan mahkamah tinggi Los Angeles selepas kes perceraian pasangan itu selesai secara rasminya hari ini waktu tempatan.
Grande turut perlu menyerahkan separuh pemilikan bagi hartanah mereka di Los Angeles, selain melunaskan kos guaman berjumlah AS$25,000 (RM118,324) yang ditanggung Gomez.
Grande dan Gomez berkahwin pada 15 Mei 2021 namun memutuskan bercerai dua tahun kemudian.
Penyanyi berusia 30 tahun itu memfailkan perceraian pada September tahun lepas atas alasan tiada kesefahaman antara kedua pihak.