PETALING JAYA: Kerajaan Argentina bersetuju untuk menjaga kepentingan pelaburan Malaysia yang sedang dan telah dirancang di negara tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara disentuh ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Argentina, Diana Mondino di pejabatnya, semalam. “Kesempatan yang ada ini kami gunakan untuk menyentuh perihal perdagangan dan pelaburan, tenaga boleh baharu, ekonomi digital, pertanian dan industri halal selain pelanjutan tempoh visa,” katanya menerusi hantaran di laman sosial lewat petang semalam. Pada masa sama, Anwar berkata, beliau turut menggesa agar Argentina mendukung usaha mencapai gencatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya