Anwar tiba di Australia untuk lawatan rasmi - Utusan Malaysia

Anwar tiba di Australia untuk lawatan rasmi

ANWAR Ibrahim (tengah) bersalaman dengan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne untuk lawatan rasmi ke Australia. - Facebook/Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne malam ini bagi lawatan rasminya ke Australia.

Perdana Menteri berkata, lawatan beliau ke Australia adalah atas jemputan rakan sejawatnya iaitu Anton Albanese.

Menurut beliau, lawatan tersebut melibatkan beberapa mesyuarat, pertemuan penting, perbincangan meja bulat dan secara langsung dengan ketua-ketua industri di Melbourne sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatannya.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne malam ini bagi lawatan rasmi ke Australia dan mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama iaitu Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

“Sayugia, saya percaya lawatan ini akan mencatatkan satu perkembangan penting dalam kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform dua hala dan pelbagai hala, sementelahan ia telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap dan menjadi signifikan dengan penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sejak 2021,” katanya di dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Australia bermula esok sehingga 7 Mac ini.

Antaranya lawatannya adalah bagi menyertai mesyuarat Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia – Australia kali kedua (ALM), menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan pelbagai program lain.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan akan bekerja sepenuhnya dan memperkukuh hubungan antara dua negara.

“Kita akan bekerja sepenuhnya dan memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Australia selain mencipta peluang dan manfaat yang terbaik untuk rakyat dan negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya