Anna Jobling reka koleksi baju untuk kucing - Utusan Malaysia

Anna Jobling reka koleksi baju untuk kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Anna Joblings, 24, bersyukur masih diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai jurucakap DD Cat.

Menurut Anna, sebagai pencinta kucing, dia berbesar hati kerana terlibat secara langsung dalam rekaan, pemilihan warna dan fabrik untuk koleksi baju raya kucing 2024.

“Semua orang tahu saya sangat sayangkan kucing. Saya selalu inginkan yang terbaik untuk kucing-kucing saya.

“Koleksi baju raya kucing DD Cat pada tahun ini menampilkan lapan pilihan warna yang segar dan menarik.

“Apa yang menarik, pencinta kucing boleh memilih sama ada Baiu Melayu, Baju Kurung atau Kebaya untuk kucing kesayangan mereka,” katanya.

Anna Jobling turut berkongsi keistimewaan baju raya kucing DD Cat yang menjadi pilihan anak Sultan Brunei, Pengiran Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Pada masa sama, pelakon Melur Untuk Firdaus itu, turut melahirkan rasa gembira apabila koleksi raya kucing yang dikeluarkan bermula pada tahun lalu mendapat sanbutan hangat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei dan Singapura.

“Tahun lalu, sebanyak 15,000 helai koleksi baju raya kucing DD Cat terdiri daripada Baju Melayu, Kurta, Kurung dan Kebaya terjual bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Didorong ole sambutan luar biasa itulah, untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun ini DD Cat telah menghasilkan sebanyak 25,000 helai baju raya kucing,”katanya.

Bercakap tentang kelebihan koleksi pada tahun ini, Anna berkata, semua rekaan menampilkan songket berkualiti tinggi, manakala koleksi baju kurung dan kebaya kucing DD Cat mengenengahkan fabrik songket dan como crepe polos dengan perincian renda French Lace yang elegan.

Pada masa yang sama, Anna Jobling berkata, Ramadan dan Lebaran sebenarya memberi ruang kepada mereka yang berminat untuk menambah rezeki dengan menjadi ejen Kepada baju raya kucing DD Cat.

“Untuk tahun 2024 ini, DD Cat mahu berkongsi rezeki dengan membuka peluang kepada ejen dan affiliate untuk turut serta dalam perniagaan baju raya kucing DD Cat.”

Sementara itu, koleksi baju raya kucing DD Cat terkini bole didapati melalui pembelian dalam talian seperti di Shopee dan Tik Tok @ddcathq bermula pada 4 Mac 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya