Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah liar - Utusan Malaysia

Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) cedera dirempuh seekor gajah liar dalam kejadian di kawasan hutan Felda Cherul, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu menyebabkan mangsa yang merupakan anggota Perhilitan daerah Dungun, mengalami kecederaan di belakang serta dada.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Hafiezul Mohamad berkata, pihaknya bersama 14 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.06 petang.

“Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama lapan lagi anggota Perhilitan lain sedang dalam operasi pemantauan haiwan liar.

“Ketika mangsa bersama rakan-rakan sekerjanya sedang berjalan untuk keluar dari hutan, tiba-tiba seekor gajah muncul dari arah belakang mereka dan terus meluru dan merempuh mangsa,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd. Hafiezul berkata, mangsa yang tidak menyedari kehadiran haiwan liar itu telah tercampak ke atas tanah ekoran terkena belalai gajah tersebut.

“Ketika tiba, kita dapati mangsa sedar dan stabil. Pihak bomba telah memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa yang tidak dapat bergerak terpaksa diusung keluar dengan pengusung sejauh kira-kira dua kilometer dari kawasan hutan itu,” katanya.

Mohd Hafiezul berkata, mangsa yang berusia p 50an itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya