JERANTUT: Seorang anak peneroka maut dihempap dinding konkrit setinggi kira-kira lima meter yang runtuh semasa sedang membersihkan dapur sebuah rumah tinggal di Felda Kota Gelanggi 1, di sini petang semalam. Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Raja Mohd. Arif Raja Shamsudin berkata, mangsa yang dikenali Mohd. Asri Azam, 41, dihempap dinding konkrit sebuah rumah tinggal milik jirannya. Menurutnya, bomba menerima maklumat daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) petang semalam lalu bergegas ke lokasi. Katanya, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk memecah dinding konkrit bagi membawa mangsa keluar. “Mangsa telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya