KUALA LUMPUR: Gara-gara pelakon, Aliff Aziz didakwa enggan membuka pintu rumah, penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Selepas pihak Bomba mengugut untuk memecahkan pintu unit di kondominium mewah itu, barulah Aliff dan pelakon wanita itu dikatakan memberi kerjasama.
Hampir tiga jam menunggu, Aliff dan pelakon wanita itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi menaiki sebuah kenderaan.
Terdahulu, media melaporkan Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita si sebuah kondominium mewah. Difahamkan, kedua-duanya sedang menjalani penggambaran sebuah drama sebelum ditahan.
Aliff dikatakan berulang kali memasuki kediaman pelakon wanita berkenaan sebelum ini.
Dalam pada itu, Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada kakaknya yang masih terkejut dengan berita ini.
Difahamkan Bella juga sangat mengenali dan akrab dengan pelakon wanita berkenaan.