KUALA NERUS: Aktiviti berbuka puasa secara percuma merupakan antara inisiatif pihak pengurusan Masjid Seberang Takir di sini, bagi menarik minat masyarakat mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan. Pengerusinya, Zakaria Dagang berkata, pihak masjid memperuntukkan RM600 sehari untuk berbuka puasa percuma dan hampir RM45,000 sebulan diperuntukkan untuk aktiviti termasuk moreh, bersahur dan bantuan asnaf. Menurut Zakaria, hampir 100 orang hadir berjemaah dan berbuka puasa di masjid setiap hari terdiri daripada semua lapisan masyarakat termasuk ahli kariah dan golongan musafir. Katanya, aktiviti berkenaan kini masuk tahun ketiga dengan kos perbelanjaan diterima melalui sumbangan individu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya