Akademi Qurra’ sebuah paradoks program hiburan - Utusan Malaysia

Akademi Qurra’ sebuah paradoks program hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS beberapa pertandingan nyanyian mengetengahkan konsep ‘sekolah’ atau ‘akademi’ yang lengkap dengan tenaga pengajar, juri, serta penilaian peserta setiap minggu diadakan, kini nuansa yang sama diadaptasi secara kreatif dalam program melibatkan al-Quran yang digelar Akademi Qurra’. 

Bukan sahaja nampak moden, meriah dan mesra anak muda, malah semacam paradoks kepada jenis-jenis program hiburan yang wujud di Malaysia ditampilkan dengan cara tersendiri. Sesuai sebagai pembuka menjelang Ramadan.

Akademi Qurra’ baru dibikin dua musim yang dihasilkan secara sinergi oleh pasukan kandungan daripada TV Alhijrah sebagai usaha dakwah. 

Tak ubah umpama program nyanyian yang menampilkan barisan artis hebat sebagai juri, Akademi Qurra’ mencari, sekali gus menampilkan guru-guru al-Quran terbaik negara. 

Mereka yang duduk di kerusi penilai antaranya ustazah Sharifah Khasif Fadzillah, ustaz Muhammad Qayyim Nizar dan semestinya ustaz Yahya Daud.

“Berbanding musim pertama, Akademi Qurra’ kali ini mendapat sambutan lebih baik berkat usaha pasukan kandungan serta sokongan rakan-rakan media. Dengan beberapa kandungan yang dihasilkan tahun ini, buat pertama kali dalam sejarah stesen, kami berjaya memasuki senarai lima kandungan dengan jumlah tontonan tertinggi di Malaysia. 

“Akademi ini adalah usaha kami untuk mendekatkan al-Quran kepada anak muda kerana kitab suci ini tidak diturunkan untuk golongan tertentu semata-mata. Setiap kali program ini bersiaran, ia bukan hanya tentang peserta tapi juga sebuah perkongsian pembelajaran untuk penonton. 

“Oleh itu, kita kena lebih kreatif agar rancangan ini bersesuaian dengan selera penonton khususnya generasi muda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Al Hijrah, Namanzee Harris.

Menurut Sharifah, rasa yang disampaikan adalah penting walaupun peserta perlu melalui cabaran seperti mengalunkan taranum secara spontan.

“Kadangkala disebabkan terlalu fokus taranum, mereka lupa menjaga tajwid. Namun yang lebih penting daripada itu ialah bagaimana seseorang itu boleh menyampaikan bacaan melalui hati. Mereka faham ayat yang disampaikan dengan rintihan. Lagu hanya sekadar bonus,” jelasnya yang sudah mendekati ilmu kesenian al-Quran selama 20 tahun.

Dalam pertandingan itu, Tilmiz Aiman dinobatkan juara melayakkannya membawa pulang wang tunai RM25,000 berserta trofi kemenangan. Tempat kedua dimiliki Tilmizah Syahira manakala Tilmizah Sofea di tempat ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya