AJL 38 : Aina Abdul bimbang dianggap tak bersyukur raih tempat ketiga - Utusan Malaysia

AJL 38 : Aina Abdul bimbang dianggap tak bersyukur raih tempat ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan komposer Aina Abdul mengakui, bimbang seandainya dianggap tidak bersyukur cuma meraih tempat ketiga dalam pertandingan lagu berprestij, Anugerah Juara Lagu 38 ( AJL38) yang berlangsung di Axiata Arena, semalam.

Menurut Aina, meskipun sudah berhempas pulas memberikan satu persembahan terbaik, soal menang atau tidak bukan perkara utama buatnya.

“Bagi saya, AJL 38 adalah satu keraian. Malah AJL kali ini adalah yang akan paling saya ingati sampai bila-bila.

“Nak cakap saya sedih mendapat tempat ketiga maksudnya saya tak bersyukur. Malah itu akan mengetepikan tujuan asal saya menulis lagu tersebut.

“Jadi saya suka semua lagu yang bertanding pada edisi kali ini, setiap lagu ada kelebihan masing-masing,”katanya ketika ditemui usai majlis anugerah berlangsung, semalam.

Selain itu, ditanya mengenai kos keseluruhan persembahannya yang berkonsepkan pokok mati di musim luruh untuk lagu Jangan Mati Rasa Itu, Aina bagaimanapun enggan mendedahkannya.

“Saya tidak mahu mendedahkan berapa kos yang habis untuk AJL kali ini. Bagaimanapun saya bersyukur ada pihak yang membantu untuk menyiapkan saya.

“Bahkan, persembahan Jangan Mati Rasa Itu berlaku bukan kerana saya seorang, tetapi kerja keras satu kapal,”katanya.

Terdahulu, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari diumumkan sebagai juara AJL 38 sekali gus membawa pulang trofi dan wang kemenangan berjumlah RM100,000.

Dalam pada itu, lagu Sutera nyanyian Aisha Retno diangkat sebagai naib jura dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000.

Aisha juga diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000.

Menduduki tempat ketiga pula adalah lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, sekali gus menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya