PONTIAN: Walaupun dibayangi dengan pelbagai jenis kuih dan biskut moden, permintaan terhadap kerepek pisang dan rempeyek pada musim perayaan tetap tinggi. Seorang pengusaha, Juliani Ahmad, 49, berkata, permintaan bagi kedua-dua makanan ringan tersebut bertambah berbanding pada hari-hari biasa kerana pelanggan mula membuat tempahan sejak dua bulan sebelum ketibaan Ramadan. Dia yang mewarisi perusahaan itu daripada ibunya, Wagarah Taib, 72, yang kini uzur, tidak mampu menolak tempahan daripada rakan-rakan yang pernah bekerja di tempat sama sebelum ini mahupun penduduk sekitar. Juliani menggunakan pisang tanduk sebagai bahan utama bagi pembuatan kerepek pisang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya