IPOH: Seorang ahli perniagaan berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM418,200 lesap ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwanya terlibat dalam kes jenayah. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penipuan tersebut bermula pada 27 Februari lalu selepas lelaki berusia 36 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Hazizi. Katanya, suspek memberitahu mangsa terlibat dalam kes jenayah dan terdapat satu waran tangkap yang dikeluarkan atas namanya. “Suspek memberitahu mangsa sekiranya mahu terlepas daripada kesalahan itu, dia perlu membuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya