PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dan menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka, baru-baru ini. Sultan Ibrahim bertitah, sewaktu berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen bulan lalu, baginda mengingatkan semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja-Raja. Justeru, Seri Paduka bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa. “Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya