PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Hadi Awang mengutus surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kelmarin. Pejabat Presiden Pas melalui makluman yang dikongsi di media sosial memaklumkan, warkah menjunjung kasih tersebut diutus dan diserah kepada Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani. Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak menjelaskan secara terperinci tujuan warkah berkenaan diutus kepada baginda. Bagaimanapun, ia dipercayai berkaitan kenyataan dikeluarkan beliau bertajuk Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan pada 20 Februari lalu di portal berita partinya. Pada 29 Februari lalu, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya