PETALING JAYA: Syarikat penjagaan kesihatan global, Abbott menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS) bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan jisim otot di dalam komuniti negara ini.
Presiden MHAS, Prof. Dr. Shahrul Bahyah Kamaruzzaman berkata, pihaknya mendapati jisim otot badan merosot seiring dengan peningkatan individu berkenaan.
Kata beliau, perkara yang membawa kepada penyakit sarkopenia itu tidak disedari ramai dan ia mewujudkan kebimbangan kerana keadaan tersebut menyebabkan pesakit kehilangan jisim serta fungsi otot badan.
“Jika golongan dewasa ini tidak mengambil langkah pencegahan, kehilangan jisim otot berkaitan usia boleh menimbulkan masalah kesihatan secara keseluruhan dan menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti harian masing-masing.
”Melalui kerjasama bersama Abbott, kami berharap untuk menyokong golongan berusia di Malaysia dengan menggalakkan orang dewasa menjalani saringan bagi mengukur kehilangan jisim otot dan mula bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri. Ia bermula dengan diet dan berusaha mengamalkan cara hidup lebih aktif,” katanya.
Sependapat dengan itu, pengarah perubatan pemakanan Abbott Malaysia, Dr. Nina Mazera Mohd. Said berkata, masalah kehilangan otot boleh dicegah atau diperlahan dengan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.
“Walaupun penuaan memang lumrah kehidupan, kehilangan jisim otot masih boleh ditangani. Kajian mendapati bahawa pemakanan yang lengkap dan seimbang serta aktiviti fizikal boleh membalikkan atau memperlahan kelemahan fizikal disebabkan peningkatan umur.
“Perubahan mudah seperti memberi tumpuan kepada makanan yang kaya nutrien seperti protein adalah salah satu daripada faktor paling penting untuk mencegah kehilangan otot dan menggalakkan penuaan secara sihat,” katanya.
Katanya, Abbott sejak lebih sedekad lalu sudah membangunkan penyelesaian pemakanan berasaskan sains untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan rakyat di seluruh dunia.
“Inovasi serba maju kami adalah Ensure Gold StrengthPro yang baharu yang boleh memperkasa dewasa Malaysia untuk membantu meningkatkan kekuatan dan keimunan mereka demi kualiti kehidupan yang lebih baik.
“Ensure Gold StrengthPro yang baharu dan ditambah baik ini membekalkan khasiat nutrisi lengkap dan seimbang yang dihasilkan dengan formula dwi tindakan mengandungi HMB (beta-hidroksi-beta-metilbutrat) untuk menguatkan kesihatan otot dalam masa lapan minggu dan YBG (yis beta glukan) untuk meningkatkan tahap keimunan dalam masa empat minggu,” katanya.
Untuk rekod, pengumuman kempen kerjasama tersebut dilakukan bersama-sama dengan pelancaran Ensure Gold StrengthPro di pusat beli-belah, di sini. – UTUSAN