KLANG: Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Klang Selatan melupuskan lebih 7,000 barang kes bernilai lebih RM700,000 yang dirampas sepanjang tahun lalu melibatkan 154 kertas siasatan, hari ini. Kesemua barang-barang tersebut melibatkan kes jenayah seperti perjudian, kontraban (rokok dan arak) serta bitcoin menerusi 315 operasi serbuan dan tangkapan seramai 369 orang. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perjudian adalah tangkapan terbesar dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD tersebut yang membabitkan 296 serbuan dan 362 tangkapan. Menurutnya, barangan yang dirampas hasil daripada operasi tersebut bernilai lebih RM200,000 melibatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya