PETALING JAYA: Seramai tujuh sukarelawan rakyat Palestin maut dan puluhan lagi parah selepas tentera Israel membedil pusat pengagihan bantuan kemanusiaan dari Malaysia menerusi Ops Ihsan di kem pelarian Al-Nuseirat di Bandar Gaza hari ini. Dalam kejadian pengeboman jam 11 pagi waktu Malaysia itu, beberapa sukarelawan Ops Ihsan warganegara Palestin sedang memulakan tugas pengagihan bantuan kemanusiaan membabitkan 3,000 kotak bantuan untuk disalurkan kepada pelarian di kem tersebut. Bagaimanapun, kerja-kerja pengagihan tersebut bertukar menjadi misi menyelamat apabila rejim Zionis mensasarkan pusat pengagihan tersebut sebagai sasaran dalam operasi kententeraan mereka hari ini. Pengerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya