KUALA TERENGGANU: Seramai 3,528 daripada 6,855 pekerja asing yang didaftarkan di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2-0) di Terengganu membuat verifikasi melalui pengecaman sistem biometrik yang berakhir hari ini. Serentak itu, status seramai 3,327 pekerja asing yang gagal berbuat demikian akan dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula esok. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu, Azhar Abd. Hamid berkata, melalui program RTK 2.0 yang tamat pada 31 Disember tahun lalu, seramai 712 majikan telah berdaftar di Terengganu melibatkan seramai 6,855 pekerja asing. “Namun, hanya lebih separuh dari jumlah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya