KUALA TERENGGANU: Seramai 12,914 orang bekerja sendiri di Terengganu telah mendaftar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sepanjang tahun lalu. Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri, Farihah Che Husin, berkata, jumlah itu menunjukkan kenaikan 8.3 peratus daripada 11,842 orang yang mendaftar pada 2022. Menurut beliau, pencarum terdiri daripada orang bekerja sendiri dalam pelbagai sektor tidak formal antaranya penjaja, usahawan, pekebun, penternak, nelayan, penghantar makanan serta atlet. Katanya, bagi tahun 2024 Perkeso Terengganu menyasarkan peningkatan lebih 50 peratus atau 20,000 orang bekerja srndiri akan mendaftar di bawah SKSPS melalui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya