PETALING JAYA: Kira-kira 10.1 juta kanak-kanak dan warga emas terdedah kepada dehidrasi susulan cuaca panas yang sedang melanda negara terutama bagi mereka yang berada di utara semenanjung Malaysia. Dehidrasi terjadi apabila badan tidak mempunyai banyak air yang diperlukan sehingga menyebabkan tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik. Malah, mereka yang berusia bawah lima tahun dan 60 tahun dan ke atas lebih terkesan sekiranya mereka kekurangan nutrisi dan mempunyai penyakit sampingan. Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Prof. Dr. Jamalludin Ab. Rahman berkata, tidak dinafikan dehidrasi berisiko kepada semua individu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya