TANJUNG MALIM: Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperkasa pendidikan peringkat tinggi berteraskan pengajian bahasa etnik di negara ini dengan menyumbang RM7.5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Peruntukkan itu bagi membiayai Program Penajaan Pendidikan Bahasa Etnik bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Etnik) dengan kepujian yang bakal ditawarkan kelak di universiti tersebut. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan pendidikan itu khusus bagi mahasiswa yang mengambil pengajian bahasa etnik Kadazan Dusun, Iban dan Semai. “Ini merupakan komitmen saya untuk melihat bahasa etnik di UPSI berkembang yang sebenarnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya