KAJANG: Berbaki sebulan sebelum kedatangan Ramadan, Yayasan Maghfirah (YM) meneruskan Projek Kongsi Rezeki Ramadhan 2024 bagi menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di dalam dan luar negara. Bertemakan ‘Berkongsi Rezeki, Manisnya Memberi’, pihak yayasan menyasarkan lebih 10,000 bakal menerima manfaat kempen dengan sasaran jumlah agihan sebanyak RM500,000, bagi tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif YM, Muhammad Shuib Norudin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya merancang untuk melaksanakan 20 projek sepanjang Ramadan termasuk projek kongsi rezeki dan jiwa peduli di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah dan Kedah. “Skuad Kita Bantu (SKB)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya