Unimas tingkat hubungan pendidikan bersama institusi di Indonesia

Unimas tingkat hubungan pendidikan bersama institusi di Indonesia

WARGA FPSK bersama ITEKES Muhammadiyah Kalbar yang mengadakan program CSR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) meningkatkan hubungan pendidikan dua hala bersama institusi tempatan di Indonesia.

Fakulti  berkenaan dalam satu kenyataan berkata, lawatan itu bertujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan bersama institusi tempatan.

Kata kenyataan itu lagi, selain Fakulti Kedoktoran di Universiti Tanjungpura (UNTAN), FPSK juga mempunyai hubungan strategik selama sedekad bersama Institut Teknologi dan Kesihatan (ITEKES) Muhammadiyah Kalimantan Barat (KALBAR).

“FPSK mempunyai hubungan strategik selama sedekad dengan ITEKES Muhammadiyah
KALBAR melalui aktiviti pertukaran pelajar dan kakitangan.

“FPSK juga mempunyai hubungan kerjasama dengan UNTAN melalui inisiatif penyelidikan bersama,” kata kenyataan itu.

Pada 24 hingga 29 Januari lalu, rombongan FPSK Unimas telah mengadakan lawatan ke Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia dan diketuai oleh Dekan fakulti, Prof. Dr. Asri Said. Ia menggaris komitmen institusi untuk kerjasama penyelidikan, terutamanya dalam bidang seperti penyelidikan etnoperubatan, kajian imunomodulator, penghasilan ubat dan ujian klinikal.

Lawatan itu turut menyaksikan penyertaan delegasi dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memfokuskan pada penjagaan kaki dan luka diabetes di Pusat Penjagaan Kesihatan Muhammadiyah.

Kemuncak penting lawatan tersebut adalah perbincangan cadangan geran sepadan, bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama penyelidikan antara Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FMHS) dan institusi pengajian tinggi di Pontianak.

Tambah kenyataan itu, delegasi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FMHS) juga mengadakan kunjungan hormat ke Konsulat Malaysia di Pontianak dan telah disambut oleh Konsul Malaysia, Azizul Zekri Abd Rahim, yang juga merupakan alumni Unimas.

“Pertemuan itu menekankan peranan dan fungsi konsulat di Kalimantan dan mengukuhkan hubungan budaya dan pendidikan antara Malaysia dan Indonesia.

“Lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan perkongsian sedia ada tetapi juga membuka jalan kepada peluang kerjasama masa depan, dengan harapan dapat meningkatkan kedudukan
FMHS dan Unimas di rantau ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya