UMT wujudkan Marine Portal Database bantu penyelidikan lautan

UMT wujudkan Marine Portal Database bantu penyelidikan lautan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mewujudkan sistem Marine Portal Database bagi membantu penyelidikan mengenai kelautan negara serta dibantu Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS).

UMT turut mewujudkan beberapa pusat baharu sebagai usaha memperkasa sinergi bagi meletakkan universiti itu sebagai sebuah pusat rujukan oleh badan kerajaan mahupun agensi luar negara.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, UMT akan membangunkan Marine Portal Database sebagai pusat rujukan ilmu kelautan negara dan badan antarabangsa yang digerakkan oleh INOS.

“UMT adalah institusi pembina generasi masa depan negara. Dengan itu, tanggungjawab pembangunan dan pemerkasaan mahasiswa akan terus diberi penekanan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan generasi pelajar yang bersifat kalis masa hadapan dan memiliki daya tahan dalam menghadapi tantangan globalisasi.

“Kesungguhan mengangkat kebitaraan UMT dalam bidang Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik perlu seiring dengan peranan UMT dalam membantu rakyat serta pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan. 

Dalam pada itu, lima fokus utama yang dicapai UMT sepanjang 2024  adalah Penyediaan Bakat Terbaik Negara, Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi, Pelaksanaan Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu, Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi dan Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya.

Dr. Mazlan berkata, pihaknya juga akan menubuhkan Pusat Aktiviti Komuniti UMT (PAKU) dalam usaha merancakkan kepelbagaian projek pemindahan ilmu dengan disokong oleh Pusat Ekonomi Biru atau Blue Economy Advancement Centre (UMT-BEACON) yang juga pusat baharu sebagai pemudahcara dan penggerak utama program pemindahan ilmu melalui projek bersesuaian kepada komuniti selaras dengan aspirasi KPT untuk menjadikan universiti untuk masyarakat.

“Walaupun UMT terkesan dengan kekangan kewangan, aspek penyelidikan terus diberi keutamaan. Justeru, UMT kekal komited memberikan sokongan dan galakan kepada warga penyelidik pada semua peringkat terutamanya penyelidik muda dengan memperuntukan Dana Khas Geran Dalaman Penyelidikan dan Inovasi sebanyak RM2.5 juta.

“Pembangunan dan mutu mahasiswa sebagai produk keluaran UMT merupakan aspek utama dalam melahirkan generasi dinamik yang bakal memimpin negara seiring perubahan semasa dan era digital,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya