LUMUT: Tiga remaja lelaki yang menggunakan cuti umum untuk memancing dan mandi di Sungai Sempit, Segari dekat sini, dikhuatiri lemas hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, tiga remaja itu dua orang masing-masing berusia 16 tahun dan seorang berusia 14 tahun. Beliau memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 3.26 petang tadi. “Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis diketuai Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Hanafi Bin Mohamed Rasidi ke lokasi kejadian dan tiba 37 minit kemudian,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya