IPOH: Tiga penjawat awam antara lima individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM2.3 juta melibatkan perolehan projek-projek kerajaan Perak. Mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia 34 hingga 47 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk permohonan reman. Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus membenarkan permohonan SPRM menahan reman kelima-lima suspek selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat depan. Terdahulu, kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah sekitar pukul 10.22 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya