KUALA LUMPUR: Pemimpin kanan DAP menafikan cakap-cakap bahawa parti itu cuba ‘mendiamkan’ wakil-wakil rakyatnya daripada bersuara tentang isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini meringkuk di penjara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong berkata, sebarang dakwaan yang tersebar mengatakan DAP melarang ahlinya mengulas isu Najib tidak benar. Bagaimanapun, ahli Parlimen Iskandar Puteri itu tidak mengulas lanjut mengenai penafiannya kemudian beredar meninggalkan pemberita. “Tidak betul,” katanya ringkas ketika ditemui semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya