PETALING JAYA: Jabatan Imigresen setakat ini tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian seramai 131 pendatang asing (PATI) meloloskan diri daripada Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Februari lalu. Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan. “(Jabatan) Imigresen tidak nampak lagi ada pembabitan dalang dalam kes berkenaan (131 pendatang meloloskan diri) tetapi siasatan mengenainya masih dibuat,” katanya dalam program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Bernama TV, hari ini. Ruslin berkata, pihaknya turut menemu bual beberapa tahanan yang berada di dalam depot imigresen berkenaan dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya