IPOH: Kerajaan perlu meneruskan usaha membasmi kemiskinan bagi menjamin kesejahteraan sosial rakyat. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, bangunan megah mencakar langit tidak memberi makna sekiranya masih ada rakyat yang terpaksa mengikat perut, mencatu makanan dan tidur berbumbung langit. Baginda bertitah, selagi ada rakyat yang miskin, usaha membasmi kemiskinan wajib diteruskan. “Agenda menoktahi kemiskinan menjadi salah satu matlamat untuk menjamin kesejahteraan sosial rakyat. “Menoktahi kemiskinan tegar menjadi tumpuan Kerajaan Beta di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, dengan matlamat mengagihkan kekayaan negeri seadil-adilnya untuk dinikmati oleh setiap rakyat,” titah baginda.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya