IPOH: Ibarat sirih pulang ke gagang. Begitulah yang berlaku kepada Tajul Hasnan Omar apabila dilantik semula sebagai Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak ( Pafa). Pelantikan Tajul Hasnan itu dibuat oleh Presiden Pafa, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin. Menurut Mohd. Azhar, pelantikan Tajul Hasnan bagi memenuhi keperluan dalam urus tadbir persatuan. “PengalamanTajul pasti berguna untuk membantu pentadbiran Pafa. Beliau orang yang tepat untuk jawatan ini, ” katanya. Memiliki pengalaman sebagai Setiausaha Persatuan Bola Sepak Daerah Kerian sejak 1980, Tajul Hasnan dilantik sebagai Setiausaha Pafa oleh Menteri Besar Perak sebelum ini, Datuk Seri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya