ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mensasarkan mengumpul dana wakaf berjumlah RM1 juta untuk tempoh lima tahun akan datang menerusi pelancaran Tabung Wakaf Alumni, semalam. Untuk tahun ini, sejumlah RM200,000 disasarkan dapat disalurkan ke tabung berkenaan dalam membantu alumni dan pelajar institusi terbabit. Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, pelancaran tabung itu dapat membuka peluang dan galakan buat alumni institusi pengajian itu untuk melibatkan diri dalam aktiviti berteraskan kebajikan atau amal jariah. “Tabung wakaf tunai ini akan dapat membantu alumni dan pelajar dalam aspek kebajikan, pembangunan modal insan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya