KUALA NERUS: Keunikan senibinanya yang menggunakan buluh menjadikan Surau Buluh di Kampung Banggol Tiang Kulat dekat sini, bukan sekadar tempat beribadat malah tarikan baharu pelancongan. Apatah lagi pembinaan seumpama itu yang pertama di Terengganu untuk projek kajian dan pembangunan (R&D) mempromosi buluh sebagai bahan binaan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, surau itu mula dibina pada 2021 merangkumi beberapa komponen dan boleh memuatkan sehingga 200 jemaah pada satu masa. Menurut beliau, surau berkenaan juga projek pertama di Asia menggunakan spesies buluh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya