KLUANG: Sungai Kahang, dekat sini menjadi tumpuan ramai pemancing, khususnya pemburu udang galah. Nyata usaha mereka berbaloi apabila memperoleh hasil tangkapan lumayan yang dianggap sebagai rezeki pasca banjir. Sebelum ini, kaki pancing tidak dapat turun memancing akibat keadaan air sungai terlalu dalam sehingga melimpahi tebing akibat banjir dan memaksa mereka menunggu sehingga lebih sebulan untuk kembali melepas hobi berkenaan. Ahmad Tahir Mohd. Desa, 57, yang turun memancing bersama isterinya, Maziatun idris, 53, pada Ahad lalu memang menjangkakan akan memperoleh hasil lumayan selepas berjaya membawa pulang sebanyak 16.5 kilogram udang galah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya