IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi perhatian terhadap projek naik taraf dan pembesaran Hospital Kuala Kangsar seperti mana yang diumumkan menerusi Belanjawan 2023. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu dimaklumkan ketika beliau menghadap baginda selepas perasmian Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini. “Ada sedikit perbincangan bersama Tuanku Sultan di mana baginda telah minta kita untuk beri perhatian kepada pembesaran Hospital Kuala Kangsar. “Pihak kementerian akan buat tindakan susulan ekoran projek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya